Betul ke masalah boroi boleh diatasi?

Boroi ke bro?
Macamana nak tahu kita boroi ke tak?
Jom buat kiraan.
WHR = Ukuran Pinggang(cm)/Ukuran Pinggul(cm). Jika ukuran WHR anda melebihi 0.85 (untuk wanita) dan 0.95 (untuk lelaki), ini bermakna perutanda buncit.
Saya buncit! Alamak. Macamana boleh buncit ni..
Punca-punca terjadinya masalah buncit berkaitan dengan salah satunya factor keturunan. Selain itu, penuaan, penyakit, hormon atau tekanan juga menyumbang kepada masalah buncit. Namun, punca paling biasa ialah gaya hidup yang banyak berkait dengan corak pengambilan makanan.
Bahaya ke buncit ni bro?
Mari cuba faham sedikit tentang lemak yang menyebabkan masalah boroi tadi.
Pertama ialah lemak subkutaneus iaitu (lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit). Kedua ialah lemak viseral iaitu (lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut). Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal. Lemak viseral nyata lebih berbahaya kerana lemak ini mempunyai kaitan antara metabolisme seperti pertahanan insulin, diabetes dan sistem peredaran darah. Menurut pakar kesihatan, semakin buncit perut seseorang, semakin tinggilah kemungkinan dia mengalami ketahan insulin. Keadaan ini jika dibiarkan dan tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit mudah hinggap seperti sakit jantung, strok, diabetes dan mungkin yang lebih serius ialah kanser.
Takutnya! Jadi, macamana nak hapuskan boroi ni?
Kaedah mengatasi banyak berkait rapat dengan punca terjadinya masalah boroi ni. Pertama sekali kene ubah gaya hidup iaitu corak pengambilan makanan terutamanya.
1. Kunyah makanan secara perlahan. (40x)
2. Lakukan senaman badan, buat seat up
3. Minum air lemon kosong
4. Banyakkan minum air kosong
5. Minum teh hijau kosong
6. Kurangkan pengambilan garam dlm makanan
7. Tidur yang cukup
8. Elakkan minuman bergas
9. Puasa 2x seminggu
10.Makanan tinggi fiber seperti Oat

Cadangan Item:




Comments